Sunday 26 June 2011

MOM'S CARE GALLERY

Mom's Care Brochure

Reena Mom's Care


      Reena Mom's Care menawarkan tempat penginapan bagi ibu-ibu dan bayi selepas bersalin serta penjagaan rapi sepanjang tempoh berpantang. Di sini kami menyediakan penginapan yang selesa dan layanan yang baik. Ibu yang menetap di sini akan dirawat secara tradisional dengan mandian herba yang menyegarkan, urutan badan, bertungku dan bertangas, pemakaian bengkung, memakaikan tapel, param dan pilis serta menyediakan Masakan Pantang dan Minuman Herba bagi ibu bersalin dan lain-lain. Ini tidak jauh bezanya dari bidan kampung tradisional dahulu. Bayi juga dijaga oleh kami dan ini dilakukan oleh orang yang berkepakaran dan berkemahiran termasuklah penjagaan bayi seperti memandikan dan Urut Bayi. Bayi akan di tuam bagi mengelak dari kembung perut, mendapat kolik, angin pasang dan juga untuk meredakan bengkak akibat suntikan. Bayi yang mendapat sakit kuning akan dimandikan dengan herba dan di jemur di mentari pagi.

      Sekiranya penjagaan ketika pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku dengan serta-merta tetapi pada hakikatnya ia akan berlaku pada kelahiran yang
seterusnya atau pada usia yang mula meningkat. Waktu itu mulalah badan terasa lenguh, sakit urat, sendi, pinggang dan kebas kaki tangan. Justeru, dengan bantuan Penjaga Pantang dapat mengurangkan beban Ibu Bersalin. Malah, Ibu Bersalin akan dapat berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman berpantang yang akan mudah di masa akan datang.
sorry, there are no promotions currently !!
tQ..

Ibu Bersalin

Urutan Tradisional
Rawatan urutan biasanya akan dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini berkemungkinan badan akan berasa sengal-sengal. Bahagian yang biasa diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.
Kebaikan :
- Melawaskan nifas daripada tersekat / tersumbat.
- Menenangkan fikiran dan dapat mengekalkan awet muda.
- Mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor.
- Urutan di lakukan bagi merangsang dan memulihkan perjalanan darah dan urat. 
- Memanjakan badan serta dapat memecahkan lemak dan menaikkan peranakan. 
- Membuang / mengeluarkan angin bagi mengelakkan sakit kepala dan lesu badan.
-Meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi disamping mencergaskan badan.

Mandian Herba
Ibu yang dalam pantang amatlah digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan dedaun atau akar kayu. Amalan ini biasanya dilakukan pada hari ketiga dan akan terus mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis dedaun yang digunakan ialah jambu batu, lengkuas merah, pandan, serai wangi, halia bara, tamu pauh, temulawak.
Kebaikan :
- Membuang angin dalam badan.
- Mengeluarkan angin bagi mengelakkan sakit kepala dan lesu badan.
- Melancarkan perjalanan darah dengan khasiat yang terkandung dalam daun herba.
- Menyegarkan tubuh, mencantikkan dan menghaluskan kulit, mengharumkan badan.

Bertangas
Rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang.
Kebaikan :
- Menyah toksik dalam badan.

- Memperbetulkan kedudukan salur peranakkan.
- Mengeluarkan peluh busuk dan kotoran badan.
- Menyembuhkan luka dan jahitan dengan segera.
- Membuang angin meroyan serta mengecutkan rahim.
- Memecahkan lemak dan melancarkan perjalanan darah.
- Mempercepatkan pengeluaran bendalir dan nifas, mempercepatkan pengecutan peranakan.

Bertungku
Tidak lengkap sekiranya berpantang jika tidak bertungku. Kesan positif daripada bertungku ialah darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa. Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalankan tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang. 
Kebaikan :
- Mempercepatkan pengempisan perut selepas bersalin. 
- Mempercepatkan dan membersih pengeluaran darah nifas.
- Elakkan terjadinya "angin meroyan"(Post-Natal Depression).
- Melancarkan perjalanan darah terutama dibahagian peranakan.
- Mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku.
- Menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yangkembang selepas bersalin.

- Membantu mendapatkan semula bentuk badan asal dan menguruskan badan.
- Menyembuhkan luka peranakan, mengecutkan peranakan dan membuang angin.

Memakai param dan pilis
Rawatan luar juga perlu dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman dengan memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi.
Kebaikan :
- Mengelakkan pening dan mata rabun.
- Menghaluskan kulit dan menghindarkan angin.
- Mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.

Bengkung
Berbengkung baik untuk menyokong tulang. Ini kerana selepas anda bersalin berat badan anda tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang. Oleh itu anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis waktu berpantang terutamanya ketika waktu makan. 
Kebaikan :
- Mengelakkan masalah perut buncit.
- membentuk potongan badan dan punggung.
- Menguatkan tulang belakang agar tidak "sakit urat".
- Merapatkan dan mengecilkan tulang pinggul (pelvic bone).
- Membetulkan dan mengembalikan kedudukan peranakan.
- Menghalang perut masuk angin terutama semasa dalam pantang.
- Mempercepatkan pengempisan perut,elakkan perut menggeleber.










Organic Waxing


Rawatan ini sememangnya dapat menyegarkan diri anda melalui proses penjagaan Kulit Organik kami. Ianya dapat membantu kulit anda kelihatan segar. kami kini menawarkan perkhidmatan penjagaan kulit yang holistikpenyembuhan, terapeutik dan tentunya semua ini asli dan organik. Bahan yang digunakan adalah bebas kimia dan tanpa bahan pengawet. Ianya juga merupakan rawatan kulit yang mudah dan amat berkesan untuk merehatkan kulit yang letih serta penyembuhan kulit yang mempunyai masalah secara perlahan-lahan. Anda akan berpeluang menikmati kulit yang santai dan peremajaan penjagaan rawatan dengan hanya menggunakan produk dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi.