Sunday 26 June 2011

Ibu Bersalin

Urutan Tradisional
Rawatan urutan biasanya akan dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini berkemungkinan badan akan berasa sengal-sengal. Bahagian yang biasa diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.
Kebaikan :
- Melawaskan nifas daripada tersekat / tersumbat.
- Menenangkan fikiran dan dapat mengekalkan awet muda.
- Mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor.
- Urutan di lakukan bagi merangsang dan memulihkan perjalanan darah dan urat. 
- Memanjakan badan serta dapat memecahkan lemak dan menaikkan peranakan. 
- Membuang / mengeluarkan angin bagi mengelakkan sakit kepala dan lesu badan.
-Meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi disamping mencergaskan badan.

Mandian Herba
Ibu yang dalam pantang amatlah digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan dedaun atau akar kayu. Amalan ini biasanya dilakukan pada hari ketiga dan akan terus mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis dedaun yang digunakan ialah jambu batu, lengkuas merah, pandan, serai wangi, halia bara, tamu pauh, temulawak.
Kebaikan :
- Membuang angin dalam badan.
- Mengeluarkan angin bagi mengelakkan sakit kepala dan lesu badan.
- Melancarkan perjalanan darah dengan khasiat yang terkandung dalam daun herba.
- Menyegarkan tubuh, mencantikkan dan menghaluskan kulit, mengharumkan badan.

Bertangas
Rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang.
Kebaikan :
- Menyah toksik dalam badan.

- Memperbetulkan kedudukan salur peranakkan.
- Mengeluarkan peluh busuk dan kotoran badan.
- Menyembuhkan luka dan jahitan dengan segera.
- Membuang angin meroyan serta mengecutkan rahim.
- Memecahkan lemak dan melancarkan perjalanan darah.
- Mempercepatkan pengeluaran bendalir dan nifas, mempercepatkan pengecutan peranakan.

Bertungku
Tidak lengkap sekiranya berpantang jika tidak bertungku. Kesan positif daripada bertungku ialah darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa. Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalankan tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang. 
Kebaikan :
- Mempercepatkan pengempisan perut selepas bersalin. 
- Mempercepatkan dan membersih pengeluaran darah nifas.
- Elakkan terjadinya "angin meroyan"(Post-Natal Depression).
- Melancarkan perjalanan darah terutama dibahagian peranakan.
- Mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku.
- Menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yangkembang selepas bersalin.

- Membantu mendapatkan semula bentuk badan asal dan menguruskan badan.
- Menyembuhkan luka peranakan, mengecutkan peranakan dan membuang angin.

Memakai param dan pilis
Rawatan luar juga perlu dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman dengan memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi.
Kebaikan :
- Mengelakkan pening dan mata rabun.
- Menghaluskan kulit dan menghindarkan angin.
- Mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.

Bengkung
Berbengkung baik untuk menyokong tulang. Ini kerana selepas anda bersalin berat badan anda tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang. Oleh itu anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis waktu berpantang terutamanya ketika waktu makan. 
Kebaikan :
- Mengelakkan masalah perut buncit.
- membentuk potongan badan dan punggung.
- Menguatkan tulang belakang agar tidak "sakit urat".
- Merapatkan dan mengecilkan tulang pinggul (pelvic bone).
- Membetulkan dan mengembalikan kedudukan peranakan.
- Menghalang perut masuk angin terutama semasa dalam pantang.
- Mempercepatkan pengempisan perut,elakkan perut menggeleber.










No comments:

Post a Comment