Sunday 26 June 2011

Reena Mom's Care


      Reena Mom's Care menawarkan tempat penginapan bagi ibu-ibu dan bayi selepas bersalin serta penjagaan rapi sepanjang tempoh berpantang. Di sini kami menyediakan penginapan yang selesa dan layanan yang baik. Ibu yang menetap di sini akan dirawat secara tradisional dengan mandian herba yang menyegarkan, urutan badan, bertungku dan bertangas, pemakaian bengkung, memakaikan tapel, param dan pilis serta menyediakan Masakan Pantang dan Minuman Herba bagi ibu bersalin dan lain-lain. Ini tidak jauh bezanya dari bidan kampung tradisional dahulu. Bayi juga dijaga oleh kami dan ini dilakukan oleh orang yang berkepakaran dan berkemahiran termasuklah penjagaan bayi seperti memandikan dan Urut Bayi. Bayi akan di tuam bagi mengelak dari kembung perut, mendapat kolik, angin pasang dan juga untuk meredakan bengkak akibat suntikan. Bayi yang mendapat sakit kuning akan dimandikan dengan herba dan di jemur di mentari pagi.

      Sekiranya penjagaan ketika pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku dengan serta-merta tetapi pada hakikatnya ia akan berlaku pada kelahiran yang
seterusnya atau pada usia yang mula meningkat. Waktu itu mulalah badan terasa lenguh, sakit urat, sendi, pinggang dan kebas kaki tangan. Justeru, dengan bantuan Penjaga Pantang dapat mengurangkan beban Ibu Bersalin. Malah, Ibu Bersalin akan dapat berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman berpantang yang akan mudah di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment