Sunday 26 June 2011

MOM'S CARE GALLERY

Mom's Care Brochure

Reena Mom's Care


      Reena Mom's Care menawarkan tempat penginapan bagi ibu-ibu dan bayi selepas bersalin serta penjagaan rapi sepanjang tempoh berpantang. Di sini kami menyediakan penginapan yang selesa dan layanan yang baik. Ibu yang menetap di sini akan dirawat secara tradisional dengan mandian herba yang menyegarkan, urutan badan, bertungku dan bertangas, pemakaian bengkung, memakaikan tapel, param dan pilis serta menyediakan Masakan Pantang dan Minuman Herba bagi ibu bersalin dan lain-lain. Ini tidak jauh bezanya dari bidan kampung tradisional dahulu. Bayi juga dijaga oleh kami dan ini dilakukan oleh orang yang berkepakaran dan berkemahiran termasuklah penjagaan bayi seperti memandikan dan Urut Bayi. Bayi akan di tuam bagi mengelak dari kembung perut, mendapat kolik, angin pasang dan juga untuk meredakan bengkak akibat suntikan. Bayi yang mendapat sakit kuning akan dimandikan dengan herba dan di jemur di mentari pagi.

      Sekiranya penjagaan ketika pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku dengan serta-merta tetapi pada hakikatnya ia akan berlaku pada kelahiran yang
seterusnya atau pada usia yang mula meningkat. Waktu itu mulalah badan terasa lenguh, sakit urat, sendi, pinggang dan kebas kaki tangan. Justeru, dengan bantuan Penjaga Pantang dapat mengurangkan beban Ibu Bersalin. Malah, Ibu Bersalin akan dapat berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman berpantang yang akan mudah di masa akan datang.
sorry, there are no promotions currently !!
tQ..

Ibu Bersalin

Urutan Tradisional
Rawatan urutan biasanya akan dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini berkemungkinan badan akan berasa sengal-sengal. Bahagian yang biasa diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.
Kebaikan :
- Melawaskan nifas daripada tersekat / tersumbat.
- Menenangkan fikiran dan dapat mengekalkan awet muda.
- Mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor.
- Urutan di lakukan bagi merangsang dan memulihkan perjalanan darah dan urat. 
- Memanjakan badan serta dapat memecahkan lemak dan menaikkan peranakan. 
- Membuang / mengeluarkan angin bagi mengelakkan sakit kepala dan lesu badan.
-Meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi disamping mencergaskan badan.

Mandian Herba
Ibu yang dalam pantang amatlah digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan dedaun atau akar kayu. Amalan ini biasanya dilakukan pada hari ketiga dan akan terus mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis dedaun yang digunakan ialah jambu batu, lengkuas merah, pandan, serai wangi, halia bara, tamu pauh, temulawak.
Kebaikan :
- Membuang angin dalam badan.
- Mengeluarkan angin bagi mengelakkan sakit kepala dan lesu badan.
- Melancarkan perjalanan darah dengan khasiat yang terkandung dalam daun herba.
- Menyegarkan tubuh, mencantikkan dan menghaluskan kulit, mengharumkan badan.

Bertangas
Rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang.
Kebaikan :
- Menyah toksik dalam badan.

- Memperbetulkan kedudukan salur peranakkan.
- Mengeluarkan peluh busuk dan kotoran badan.
- Menyembuhkan luka dan jahitan dengan segera.
- Membuang angin meroyan serta mengecutkan rahim.
- Memecahkan lemak dan melancarkan perjalanan darah.
- Mempercepatkan pengeluaran bendalir dan nifas, mempercepatkan pengecutan peranakan.

Bertungku
Tidak lengkap sekiranya berpantang jika tidak bertungku. Kesan positif daripada bertungku ialah darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa. Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalankan tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang. 
Kebaikan :
- Mempercepatkan pengempisan perut selepas bersalin. 
- Mempercepatkan dan membersih pengeluaran darah nifas.
- Elakkan terjadinya "angin meroyan"(Post-Natal Depression).
- Melancarkan perjalanan darah terutama dibahagian peranakan.
- Mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku.
- Menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yangkembang selepas bersalin.

- Membantu mendapatkan semula bentuk badan asal dan menguruskan badan.
- Menyembuhkan luka peranakan, mengecutkan peranakan dan membuang angin.

Memakai param dan pilis
Rawatan luar juga perlu dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman dengan memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi.
Kebaikan :
- Mengelakkan pening dan mata rabun.
- Menghaluskan kulit dan menghindarkan angin.
- Mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.

Bengkung
Berbengkung baik untuk menyokong tulang. Ini kerana selepas anda bersalin berat badan anda tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang. Oleh itu anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis waktu berpantang terutamanya ketika waktu makan. 
Kebaikan :
- Mengelakkan masalah perut buncit.
- membentuk potongan badan dan punggung.
- Menguatkan tulang belakang agar tidak "sakit urat".
- Merapatkan dan mengecilkan tulang pinggul (pelvic bone).
- Membetulkan dan mengembalikan kedudukan peranakan.
- Menghalang perut masuk angin terutama semasa dalam pantang.
- Mempercepatkan pengempisan perut,elakkan perut menggeleber.










Organic Waxing


Rawatan ini sememangnya dapat menyegarkan diri anda melalui proses penjagaan Kulit Organik kami. Ianya dapat membantu kulit anda kelihatan segar. kami kini menawarkan perkhidmatan penjagaan kulit yang holistikpenyembuhan, terapeutik dan tentunya semua ini asli dan organik. Bahan yang digunakan adalah bebas kimia dan tanpa bahan pengawet. Ianya juga merupakan rawatan kulit yang mudah dan amat berkesan untuk merehatkan kulit yang letih serta penyembuhan kulit yang mempunyai masalah secara perlahan-lahan. Anda akan berpeluang menikmati kulit yang santai dan peremajaan penjagaan rawatan dengan hanya menggunakan produk dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi.



Tuesday 21 June 2011

Photo

Visit Us at


Lady's Dream Spa & Reena Mom's Care


Address : No. 6 Jalan Tapah 2, Stulang Bahru, 81100 Johor Bahru, Johor
Tel. no   : 07-332 9300     Fax no.   : 07-331 6187     H/P   : 019-792 3000
Email     : ladysdreamspa@gmail.com   /   reena.momscare@gmail.com

Welcome to Lady's Dream Spa


Lady's Dream Spa yang bertempat di Johor Bahru ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kecantikan kepada mereka yang menitikberatkan soal kecantikan dalaman serta luaran. Kami menawarkan pelbagai Rawatan Spa eksklusif dari kepala hinggalah kaki seperti rawatan kaki, badan, muka, urutan tradisional serta pelbagai lagi untuk anda yang menginginkan penjagaan kulit dan diri. Anda akan dilayan oleh terapi terlatih dan profesional kami dengan hanya menggunakan barangan atau produk yang terbaik, tradisional dan semulajadi.

Monday 20 June 2011

FACIAL TREATMENT

FACIAL TREATMENT ( Rawatan Muka )


Wanita perlu menjaga kesihatan kulit muka agar sentiasa nampak muda jelita. Bagi wanita yang mengutamakan kecantikan, anda tentu mahu memelihara seri wajah agar nampak sentiasa muda, menawan dan ceria. Ada banyak element yang boleh memudaratkan kesihatan kulit seperti pancaran matahari, asap, habuk dan rutin seharian yang secara tidak langsung menjejaskan kesihatan kulit tanpa kita sedari. Ini menyebabkan kulit muka menjadi gelap, berbintik dan mula berkedut. Rawatan facial menawarkan peluang mendapatkan khidmat juru kecantikan bagi memperbaiki tahap kesihatan kulit muka dengan lebih teliti dan berkesan, berbeza dengan cara yang biasa kita lakukan di rumah. Kaedah dan bahan yang digunakan menjamin keberkesanan rawatan ini. Selain itu facial juga menawarkan teknik rawatan yang selesa, urutan muka dan mampu menenangkan minda anda. Facial bukan sahaja berfaedah untuk kulit muka, bahkan banyak lagi faedah kesihatan lain. Bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan facial mampu menyerap jauh ke dalam kulit, menanggalkan kotoran yang melekat dan jeragat, mengandungi vitamin sebagai anti kedutan dan melambatkan proses penuaan, mencerahkan warna kulit, anti oksida, memperbaharui sel-sel kulit yang mati dan merawat kulit yang bermasalah. Facial juga melibatkan urutan muka bagi melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot di bahagian muka dan kepala.

Rawatan facial..
Facial adalah rawatan kulit untuk muka, umumnya dilakukan oleh juru kecantikan (Aestheticians) yang bertauliah. Ia bertujuan merawat, memulihkan dan mengekalkan kualiti kulit. Rawatan facial termasuklah analisa kulit, diikuti siri-siri pembersihan seperti pengelupasan (exfoliation), urutan muka, rawatan stim,rawatan menggunakan Facial Machine dan krim atau bahan pencerah kulit.


Sunday 19 June 2011

BODY TREATMENT

BODY TREATMENT ( Rawatan Badan ) | BODY SCRUB | BODY MASK


Scrub?
Scrub merupakan salah satu rawatan spa yang dilakukan dengan cara menggosok badan anda bagi membantu badan merasa segar, licin, lembap dan lembut. Sesuatu produk yang kasar digosok dan diurut ke dalam kulit anda dan kemudian dibilas untuk mendedahkan lapisan lembap kulit segar, bersih dan licin. Terdapat banyak faedah daripada scrub. Dengan melakukan scrub, ianya dapat membuang  sel-sel kulit mati dan ia akan memberikan rasa lembut dan licin. Scrub ini biasanya termasuklah asas yang berminyak untuk melembapkan dan melegakan kulit anda apabila digosok. Scrub boleh menyegarkan badan dan meningkatkan peredaran darah dan limfa ke permukaan kulit, membantu untuk memerangi selulit dan meningkatkan tona kulit anda.


Body Mask ?

Bahan yang digunakan untuk Body Mask adalah selamat dan non-toxic. Bergantung kepada penggunaan bahan-bahan, ianya biasanya mengandungi ekstrak buah-buahan, tanah liat, herba, minyak, vitamin, dan mineral. Rawatan kulit ini bukan sahaja merehatkan kulit anda, tetapi dapat memberikan rasa dan suasana tenang. Anda boleh menggunakan pelbagai kaedah rawatan badan yang berbeza dan bahan-bahan penting body mask ini bergantung kepada apa yang anda mahu toning, pengelupasan atau pembersihan yang mendalam.

Kebaikan:

-    Menyerap lebihan minyak dan kotoran. 

-    Menyah dan membuang toksin daripada kulit.

- Membersihkan jerawat badan, dan bintik hitam.Eradicates sakit sendi dan otot. Menggalakkan peredaran darah.Melembapkan, menghidrat, firma, dan melicinkan liang, dan tekstur permukaan kulit.

Tuesday 7 June 2011

FOOT TREATMENT

 FOOT TREATMENT ( Reflexology Massage )

Refleksologi
Hidup zaman moden mewujudkan tekanan dan ketegangan yang boleh menyebabkan banyak kesan sampingan. Dalam kajian fakta perubatan menunjukkan bahawa lebih 75% daripada semua masalah kesihatan boleh dikaitkan secara langsung dengan tekanan.


Kebaikan terapi refleksologi:
- Membantu dalam penghapusan toksin.
- Tekanan dan melepaskan keteganganmeningkatkan peredaran darah dan mengaktifkan saliran limfa.

Peredaran darah: urat varicous, hemorroids, tekanan darah tinggi. Memperkuatkan sistem imun dan mengharmonikan fungsi penting.

Sistem saraf: gangguan tidur, kemurungan, kurang tumpuan atau tenaga, kehilangan ingatan.


Sistem penghadaman: perut gangguan, kembung perut, sindrom usus terganggu, kolitis, cirit- birit, ulser.

Masalah-masalah lain: berat badan, masalah kulit, asma, migrain, ketidakselesaan, kehamilan, isu-isu penuaan.   penyebutan,sakit otot dan sakit, artritis, sciatica.